Friday, November 23, 2012

dilema

kelas start hari rabu minggu depan.
ramai tak balik lagi
kolej / hostel sunyi
duit sangat2 low
kene jimat so nak keluar berjimba mmg tak boleh
so now
tak tao nak buat apa
patutkah aku balik kampung halaman?
atau aku patut stay je kat melaka dan kolej yang indah nie?

perlukah aku cari part time kerja untuk ringankan beban parents aku?
kalau aku tahu bergini jadinya aku patut simpan duit yg lagi banyak
dari duit ptptn yang aku dapat sem lepas.
hmmmmmmm


aku buntu cari jalan penyelesaian.

Wednesday, November 21, 2012

Ada apa kat Melaka tuh? Kenapa dengan Melaka? Melaka tu apa?

nak balik melaka ke tak nak?

berat je rasa nak balik melaka..

lepas nie memang tak tahu lah bila lagi aku akan update blog..

so kalau aku free dan ada line internet kat melaka..

akan ku update blog nie..

hope dengan cerita yang lagi menarik lah kan..

tuh je nak cakap..

but still bengong dalam memikirkan bila masa sesuai nak balik melaka..

anda rasa?

p/s : kejap jer dah masuk sem 6 iaitu last sem..wish me luck :)

Saturday, November 17, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY DADDY

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN YANG KE 52
AYAH
(MOHAMED JAMAL BIN BAHAROM)


I WISHING YOU DADDY A HAPPY BIRTHDAY  .SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. HOPE GOD BLESS YOUR LIFE. 


WE LOVE YOU DAD 

XXX


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ayahku mohamed jamal
Allah selamakan kamu

-,-

Friday, November 16, 2012

LOKASI SURFING DI MALAYSIA

Siapa cakap kat Malaysia tak de port untuk surfing?
Ada je kalau korang semua minat nak surfing ni.
Kini rakyat Malaysia juga berpeluang untuk meghayati dan mengeksplor sukan papan luncur air ni di sekitar Semenanjung Malaysia..

Kebiasaanya kawasan atau port Surfing ni ada kat belah pantai timur dan kebiasaanya dimain kan pada ketika aliran monsoon atau musim ketujuh. Sebab time tuh je yang ada ombak untuk korang layan sukan ni.
Tak mahu cakap panjang panjang.
 Disini aku akan listkan lokasi lokasi yang aku tahu lah setakat ini untuk korang layan atau mencuba sukan surfing atau papan luncur air ni..aku siap bagi link untuk korang link page/group dorang skali untuk kemudahan korang semua. adios


PAHANG
# Cherating

cherating point

satu suku

#Teluk Cempedak

TCSC

# Tioman

Tioman Boarddriders



TERENGGANU
# Kuala Terengganu
  →  Kuala Terengganu Surf Community

# Marang
  →   Marang Surf Community



JOHOR
# Tanjung Balau , Kota Tinggi
→ Tg. balau Surf and Dive



Yang ini pulak group Surfing macam utama jugak la kat facebook ni.
→  Malaysia Surfing Association



P/S korang tekan jer kat tulisan biru tuh . Nanti akan akan terbukak lah ke new tab tuk link semua tuh.

Thursday, November 15, 2012

antara emosi dan rasional

rasional emosional
lagu pesawat sebenarnya.
tapi bagi aku mendalam maksud nya tuh..
bagi aku lah.
orang lain masing masing berbeza pendapat..

apa apa pun
apa rasional kita beremosional?
rasional vs emosional?

MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1434H

1 muharram 1434H
persamaaan
15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 

tak wajib baca tak sunat baca.
tapi harus baca dan isnyaallah doa dimakbulkan Allah SWT.

jom kita nyanyi sikit
Maal Hijrah Lyrics
by Al Ajiba

Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman....




p/s : aku berharap penghijrahan yang ingin aku lakukan ke arah yang lebih baik ni diteruskan dan dikekalkan.. insyaallah.... Amin

Wednesday, November 14, 2012

KENDURI TAHLIL

Sabtu malam tiba-tiba ayah aku  dapat call mengatakan Mak Ngah aku meninggal dunia. Lepas dengar je kitaorang satu family apa lagi terus lah ke Gombak ke rumah nya di flat PPRT gombak. Sampai sana dorang angkat mayat arwah letak kat surau berdekatan kat rumah sana. Lebih mudah untuk orang melalukan apa apa yang patut kan. Rumah flat kecik lagi pun payah untuk sedara mara nak masuk lebih kurang macam tuh la sebabnya kud.Jasadnya di kebumikan pada pukul 10 pagi hari ahad.

Kenduri 2 har tuh buat dekat surau tuh..hari ketiga keduri tuh buat kat rumah aku..penat jugak lah menjadi tuan rumah. Ahli keluarga belah Bapak aku yang sebulat suara nak buat kat rumah bapak aku. Bapak aku pun OK je lah kan. Bende baik tak kan nak tolakkan..

Majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah dalam rumah aku. Selesai solat terus sambung dengan bacaan Yaasin dan Doa Tahlil. selesai upacara Tahlil lepas tuh apa lagi masing2 bedal apa yang mak aku hidangkan. Maghrib solat jemaah lagi. lepas tuh sambung lagi dorang bedal. bagus lah kan daripada membazir tak abes. aku pulak dalam pukul 9 lebih aku naik tas.. boleh pulak aku tertido. bangun bangun tengok rumah tak dah tak ada tetamu.dorang dah balik dah. 

bersedia untuk solat Asar

Bacaan Yaasin dan Doa Tahlil





Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang berlaku sepanjang kenduri. Kebanyakkan nya habis semua makanan. Yang Banyak buah Tembikai.hahaha

*AL-FATIHAH buat Mak Ngah (Zaliha Binti Baharom) Semoga rohnya dicucuri rahmat.
*Salam Takziah kepada Ahli Keluarga
 

Saturday, November 10, 2012

Semester Break

I guess this semester break okt-nov 2012 is the worst ever ever holiday that i been through.
what am i do ?
-been a zombie
-watching tv
-online
-sleep
-eat
-eat
-online
-watching tv
-be a zombie

that what i do almost everyday just stay at home and be the super lazier person in the world.
What should i do more?

p/s : happy with first ever 3 point of my result. My gpa sem 5 are  3.13and it is tremendous


Monday, November 5, 2012

tempat nak berlajar surfing di Malaysia (papan luncur air)

Korang semua minat surfing?
Ada berhajat nak belajar atau mencuba bermain papan luncur air?
kalau korang ada nawaitu kat dalam hati tapi tak tahu kat mana nak berlajar dan mencuba sukan extreme nie?

kalau korang nak belajar main surfing korang boleh belajar kat satu tempat kat cherating nie. Dorang memang sediakan sesi pembelajaran yang mana nak belajar dan berjinak serta ingin mencuba dalam dunia papan luncur air nie korang boleh mejengah di Satu Suku Surf School dekat Cherating. Pahang.

Kalau korang nak mengetahui maklumat lanjut korang boleh klik disini → SatuSuku
Dekat dalam laman web ni korang boleh tengok harga sesi pembelajran dan segala mala yang korang nak tahu lah.

kalau tak boleh klik kat atas tuh ha tekan  link nie http://www.satusuku.com/  . tak pun korang copy paste lah kat browser korang link atas nie.







tips: kalau nak pergi surfing kat malaysia nie kene lah pergi time musim ketujuh / monsoon ..baru ada ombak. kalau boleh korang tengok dulu forecast atau tanya je dorang bila sesuai dan ada ombaknya.nanti takde la sia2 korang datang kat sana tak de ombak pulak.tak boleh main